Pages

Tuesday, February 15

12 Rabiul Awal









SHAH ALAM  : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran orang ramai. Majlis ini berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam. 

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. 

Turut hadir sama adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, ditemani oleh isteri Pn Sri Salbiah Tunut, Ahli Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin. 

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan mengelilingi Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.  

Sebanyak 125 kontijen yang terlibat dan dianggarkan seramai 5,000 orang yang mengikuti perarakan ini. Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.

2 comments from viewer:

learn lighting said...

Teknik blur foreground yg bagus-produced sense of depth.
gambar pertama subject org berkerusi roda menjadi focus point yg kuat. Bagus dah tahniah.
gambar persembahan ok !. Cuma gambar wakil sultan rasanya tak berapa sesuai guna teknik blur foreground..macam skodeng.biasa gambar macam ini tak di pakai , lebih2 lagi melibatkan kenamaan..
ok good job

ainbustami said...

owh....ok2...tq mr sabki....ramai sgt fotografer ms shoot wakil sultan 2...selit je...hehe papepon thanks

Post a Comment

Sila Beri Komen Anda Disini

 

Sample text

Sample Text