Pages

Wednesday, March 23

w10 : Hindu Festival ' Menunduk Api '

Festival Menunduk Api diadakan selepas 1 bulan sambutan Thaipusam. Perayaan ini lebih kurang sama dengan Thaipusam. Bezanya ialah, kaum hindu akan berarak sekeliling bandar dan akan berhenti di kuil-kuil tertentu untuk sembahyang.

upacara mnyembah tuhan agama Hindu.

memberi penghormatan kepada patung tuhan besar. dipercayai patung tuhan ini ialah ibu kepada patung-patung lain yang ada di dalam kuil ini

memberi penghormatan

masyarakat hindu berkumpul untuk memeriahkan festival ini

salah satu tarian yg terdapat di sana




Festival menunduk api ini juga merupakan festival holi yang ada di tempat lain. Tetapi setiap negeri mempunyai cara tersendiri untuk marayakan festival ini. Festival menunduk api ialah festival yang diadakan di Kedah.

Tuesday, March 15

w9 : Penjaga Khazanah Alam



Kehidupan Orang Batek yang merupakan salah satu daripada suku kaum Orang Asli di negara ini masih tidak banyak berbeza dengan cara hidup mereka suatu ketika dahulu. Bukan sahaja daripada paras rupa dan penampilan, malah amalan berpindah-randah (nomad) yang diwarisi sejak turun-temurun masih lagi diamalkan sehingga kini.
Itulah realiti kaum Batek yang mendiami kawasan hutan di Pahang, Terengganu dan Kelantan walaupun negara sudah jauh membangun. Keistimewaan itulah yang menjadikan mereka salah satu daripada tarikan utama di Taman Negara Pahang, Jerantut. Walaupun sudah lama menerima kehadiran masyarakat moden, keakraban dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal di hutan belantara. Malah mereka selesa dengan cara hidup nomad dan mencari rezeki daripada hutan.






Monday, March 7

w8 : aRmY dAy :

06.03.11 merupakan hari terakhir Hari Terbuka Angkatan Tentera Darat sempena ulangtahun ATD Ke-78 yang diadakan selama tiga hari di Dataran Merdeka mulai 04.03.2011, Jumaat lepas. Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Ini merupakan kali pertama diadakan Hari Terbuka ATD yang bertujuan memperlihatkan aset-aset Tentera Darat kepada masyarakat. Aset-aset inilah yang akan digunakan oleh ATD untuk mempertahankan bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini dari sebarang serangan musuh dan anasir jahat. Diantara aset-aset berkenaan berupa Kereta Kebal, Kereta Perisai, Artileri, Hospital Medan, Helikopter dan lain-lain. Pelbagai aktiviti pertunjukan kepakaran dijalankan dalam program Hari Terbuka ini diantaranya, demonstrasi anjing perang, pertunjukan payong terjun, pertunjukan warior dance dan demonstrasi Unit Lawan Keganasan. Seramai 100 anggota berpangkat pegawai dan 5000 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam menjayakan hari terbuka ini.


antara aset negara yang terlibat dalam perarakan

penglibatan askar wanita

langkah diatur dengan seragam

tetap gagah tetap setia

si cilik yang bersemangat

pertunjukan payung terjun

Monday, February 28

W7 :: mai cek o mai cek mai ::

Negeri Jelapang Padi sangat sinonim dengan negeri Kedah Darul Aman. Sawah padi yang terbentang luas telah menjanjikan sumber rezeki buat petani dan masyarakat negeri ini. Selain mengerjakan sawah padi untuk sumber makanan asasi kita iaitu nasi, masyarakat di sini juga acap kali turun ke 'petak' semata-mata mahu menangkap ikan. Ikan keli, haruan, belut mudah didapati dan kebiasaannya penduduk akan turun ke sawah untuk menangkap ikan sewaktu musim membajak tanah. Ini kerana pada waktu ini, ikan-ikan berada di permukaan dan mudah untuk menangkap. Tetapi ada juga segelintir penduduk yang turun menangkap ikan pada waktu padi sedang masak. Ikan yang ditangkap, dibawa pulang untuk dimasak. Pelbagai jenis masakan yang boleh dibuat antaranya boleh digoreng, masak lemak, gulai dan juga dibuat pekasam. Pekasam sangat terkenal di negeri utara semenanjung ini.







 




ikan pekasam :)

Monday, February 21

HR GROUP 2 U!!!

Majlis Perasmian Kilang HR Manufacturing Sdn. Bhd. telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 1 bertempat di Kilang HR Manufacturing, Kawasan Perindustrian Mergong 2, Alor Setar, Kedah. Turut berlangsung sama adalah pelancaran 2 produk terbaru HR Marketing iaitu New Perfectionist Series dan HiGOAT Premium Kurma & Madu.





Sempena dengan Majlis Perasmian Kilang HR Manufacturing Sdn. Bhd. itu juga, satu sidang media telah diadakan bersama dengan YB Dato’ Hamzah Zainudin, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi 1.



Tuesday, February 15

12 Rabiul Awal









SHAH ALAM  : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat negeri Selangor disambut meriah dengan kehadiran orang ramai. Majlis ini berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam. 

Majlis ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. 

Turut hadir sama adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, ditemani oleh isteri Pn Sri Salbiah Tunut, Ahli Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin. 

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan mengelilingi Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.  

Sebanyak 125 kontijen yang terlibat dan dianggarkan seramai 5,000 orang yang mengikuti perarakan ini. Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.

Wednesday, February 9

Nenek Malang

ALOR SETAR : Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada seorang nenek yang ditemui mati oleh penduduk kampung didalam sebuah parit berdekatan Pekan Langgar lewat petang Sabtu lalu. Mangsa yang dikenali dengan pangilan Tok Limah berumur lingkungan 70an dipercayai berjalan seorang diri di pekan tersebut untuk ke kedai runcit berhampiran. Anak mangsa yang datang sejurus diberitahu oleh penduduk kampung hanya mampu menangis hiba selepas mendapati ibunya mati di dalam keadaan menyayat hati. Menurut anaknya, Sulaiman, ibunya keluar dari rumah yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian iaitu di Kampung Pokok Asam dari pukul 5 petang tetapi penduduk menjumpainya pada jam 7 petang. Saksi utama kes ini terus menelefon pihak polis dan ketika menjumpai mayat nenek tersebut, penduduk kampung datang membantu untuk mengeluarkan mangsa. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Berita disediakan oleh : Ain Bustami
Fotografer : Ain Bustami







 

Sample text

Sample Text