Pages

Wednesday, February 9

Nenek Malang

ALOR SETAR : Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada seorang nenek yang ditemui mati oleh penduduk kampung didalam sebuah parit berdekatan Pekan Langgar lewat petang Sabtu lalu. Mangsa yang dikenali dengan pangilan Tok Limah berumur lingkungan 70an dipercayai berjalan seorang diri di pekan tersebut untuk ke kedai runcit berhampiran. Anak mangsa yang datang sejurus diberitahu oleh penduduk kampung hanya mampu menangis hiba selepas mendapati ibunya mati di dalam keadaan menyayat hati. Menurut anaknya, Sulaiman, ibunya keluar dari rumah yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian iaitu di Kampung Pokok Asam dari pukul 5 petang tetapi penduduk menjumpainya pada jam 7 petang. Saksi utama kes ini terus menelefon pihak polis dan ketika menjumpai mayat nenek tersebut, penduduk kampung datang membantu untuk mengeluarkan mangsa. Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

Berita disediakan oleh : Ain Bustami
Fotografer : Ain Bustami







2 comments from viewer:

sabki said...

Ain Bustami
Ok bagus dapat gambar ini. Cuba baca berita peristiwa lebih kurang sama di dalam news paper-dan contohi cara dia laporkan berita tersebut.
tk

ainbustami said...

:) ok...thank u encik sabki..i will improve that...

Post a Comment

Sila Beri Komen Anda Disini

 

Sample text

Sample Text